Friday, December 9, 2011




oke. emmmm tak dinafikan situasi sekarang ni memang malas sangatsangat nak amik gamba.. poss2 macam duluu. dulu pantang nampak camera. sekarang ni serious malas.
now, tini la yang suka snap2 pic banyak2. sy dua tiga keping dah jemu nak snap.. ngeeeee
gamba yang diatas dipaksa oleh tini.. hihi jgn mara. last day ada mood la kot nak follow diorang kuar pagi2. tp bukan urusan sy kot nak teman kan sy jln2 shopping. tak sampai sejam kat shopping dah nak balik... masam mencuka la juga hari tu coz frust tak dapat jalan2 shopping.. mengidam 'bigapple' pun tak sempat singgah. -.-''


hmmm btw, kadang kala hidup terasa sunyi dan kesepian. walau kita kerap ketawa dan tersemyum namum hati kita perlukan seseorang bukan hanya untuk bersuka suka. malah seseorang yang dapat membimbing kita ke arah kebaikkan. yaa maybe sesetengah org tak suka dibimbing kerana merasai dirinya sudah cukup sempurna. but me, sangat perlukan bimbingan.. and im easy follow it. sy mudah memdengar dan mengikut mana yang benar. jadi, tolong la jangan ada untuk membuat sy lalai.... kerana itu bukan sy =.=

KERANA AKU SEORANG MUSLIMAH (untuk muslimah).

Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

No comments:

Post a Comment